Posts

Niaga atau makan Gaji?

Persoalan bekerja makan gaji dan berniaga ini mungkin dianggap isu lapuk dan tidak relevan untuk dibincangkan lagi. Namun sebenarnya kita masih perlu menilai kedua-duanya sebagai pilihan utama yang sesuai sepajang zaman. Cuma cara pengurusannya yang berubah berdasarkan perkembangan teknologi maklumat terkini. Kerja makan gaji sentiasa dilihat sebagai lebih senang, selesa dan dihidangkan dengan kemudahan yang pelbagai oleh majikan, tambahan pula jika bekerja di sektor awam / kerajaan yang menyediakan banyak kemudahan selain daripada gaji bulanan. Berbeza dengan kerja sendiri / berniaga yang digambarkan sebagai mempunyai pendapatan yang tidak tetap dan berisiko. Perlu dijelaskan di sini terutamanya kepada para remaja yang bakal menempuh zaman 'mencari pendapatan' sendiri bahawa kedua-dua bidang ini sama ada bekerja makan gaji atau kerja sendiri adalah sama dari segi tanggungjawab dan disiplinnya. Apa sahaja bidang yang kita pilih, yang paling penting dan menjadi penentu kepada ke...

Sudah bekerja, kenapa berniaga?

Ramai yang bertanya apabila terdapat dalam kalangan orang yang 'makan gaji' tetapi dalam masa yang sama berniaga. Banyak persoalan yang muncul bila situasi tersebut berlaku sehingga dilihat yang masih mempunyai kerja tetap ini bersusah payah berniaga. Adakah mereka ini tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi jika hanya dengan berkerja 'makan gaji'? Jika yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur, kebanyakan yang bekeja dan berniaga ini telah dimotivasikan oleh kos hidup yang meningkat. Ini bermakna, pendapatan dari satu sumber tidak lagi mampu untuk menampung keperluan asas sebuah keluarga di bandar yang memerlukan mereka untuk menambah pendapatan melalui perniagaan. terdapat juga yang berniaga semasa bekerja kerana minat yang mendalam terhadap perniagaan. Ataupun sebelum itu telah terdedah dengan bidang perniagaan melalui keluarga, rakan sebaya, atau dibesarkan dalam lingkungan masyarakat yang berniaga sehingga timbul minat untuk menceburi bidang perniagaan wa...

Labur Saham atau Niaga Mata Wang? / Stocks vs Forex.

Ramai yang berminat nak tambah pendapatan, walaupun mempunyai pendapatan tetap. Sama ada sebagai duit tambahan ataupun duit keperluam kerana pendapatan tetap tidak cukup untuk menampung biaya bulanan. Antara pilihan popular untuk melabur adalah di bursa saham ataupun melalui perniagaan mata wang (forex). Kedua-dua pelaburan ini berisiko. Namun risiko tersebut mampu dikecilkan dengan ilmu pelaburan yang tepat. Sebab tu ada pepatah mengatakan 'jika takut pada ribut jangan berumah di tepi pantai'. Jika ingin melabur dan mendapat keuntungan yang baik wajib belajar ilmu pelaburan dengan guru yang betul. Apa beza saham dan forex? Yang mana lebih untung dan kurang risiko?  Berikut saya senaraikan 4 beza antara saham dan forex.  1. Tempoh urusniaga.  Anda boleh berurusniaga forex 24 jam sehari / 5 hari seminggu, manakala saham terhad 8 jam sehari, dan kaunter saham ditutup pada hujung minggu.  2. Nilai urusniaga  Forex mempunyai nilai yang lebih besar berbanding saha...