Labur Saham atau Niaga Mata Wang? / Stocks vs Forex.
Ramai yang berminat nak tambah pendapatan, walaupun mempunyai pendapatan tetap. Sama ada sebagai duit tambahan ataupun duit keperluam kerana pendapatan tetap tidak cukup untuk menampung biaya bulanan. Antara pilihan popular untuk melabur adalah di bursa saham ataupun melalui perniagaan mata wang (forex). Kedua-dua pelaburan ini berisiko. Namun risiko tersebut mampu dikecilkan dengan ilmu pelaburan yang tepat. Sebab tu ada pepatah mengatakan 'jika takut pada ribut jangan berumah di tepi pantai'. Jika ingin melabur dan mendapat keuntungan yang baik wajib belajar ilmu pelaburan dengan guru yang betul. Apa beza saham dan forex? Yang mana lebih untung dan kurang risiko? Berikut saya senaraikan 4 beza antara saham dan forex. 1. Tempoh urusniaga. Anda boleh berurusniaga forex 24 jam sehari / 5 hari seminggu, manakala saham terhad 8 jam sehari, dan kaunter saham ditutup pada hujung minggu. 2. Nilai urusniaga Forex mempunyai nilai yang lebih besar berbanding saha...