Labur Saham atau Niaga Mata Wang? / Stocks vs Forex.

Ramai yang berminat nak tambah pendapatan, walaupun mempunyai pendapatan tetap. Sama ada sebagai duit tambahan ataupun duit keperluam kerana pendapatan tetap tidak cukup untuk menampung biaya bulanan. Antara pilihan popular untuk melabur adalah di bursa saham ataupun melalui perniagaan mata wang (forex). Kedua-dua pelaburan ini berisiko. Namun risiko tersebut mampu dikecilkan dengan ilmu pelaburan yang tepat. Sebab tu ada pepatah mengatakan 'jika takut pada ribut jangan berumah di tepi pantai'. Jika ingin melabur dan mendapat keuntungan yang baik wajib belajar ilmu pelaburan dengan guru yang betul. Apa beza saham dan forex? Yang mana lebih untung dan kurang risiko? 

Berikut saya senaraikan 4 beza antara saham dan forex. 

1. Tempoh urusniaga. 
Anda boleh berurusniaga forex 24 jam sehari / 5 hari seminggu, manakala saham terhad 8 jam sehari, dan kaunter saham ditutup pada hujung minggu. 

2. Nilai urusniaga 
Forex mempunyai nilai yang lebih besar berbanding saham. Dianggarkan lebih 5 trilion sehari nilai dagangan mata wang berbanding nilai saham sekitar 200 billion sehari. 

3. Komisin 
Komisin yang dikenakan bagi urusniaga forex adalah minimum ataupun tiada langsung bergantung kepada broker dan kaunter, manakala urusniaga saham biasanya akan dikenakan komisin pada kadar tertentu. 
 
4. Fokus. 
Pelabur forex boleh memberi fokus kepada beberapa 'pasangan' mata wang yang aktif manakala pelabur saham perlu meneliti bbanyak saham yang disenaraikan untuk dianalisis dan diberi tumpuan. 

Keputusan untuk membuat pelaburan pada matawang (forex) atau di kaunter pasaran saham semuanya di tangan kita sebagai pelabur. Keselesaan serta kemampuan kita untuk melabur amat penting untuk dinilai oleh diri kita sendiri. Walau bagaimanapun, pengetahuan serta ilmu berkaitan pelaburan adalah wajib untuk kita pelajari sebelum kita membuat keputusan untuk melabur. Sama ada di kaunter forex ataupun di kaunter pasaran saham. 

Selamat melabur!

Comments

Popular posts from this blog

Sudah bekerja, kenapa berniaga?

Niaga atau makan Gaji?